Wikipedia:Jangan masukkan salinan sumber asli

Jangan masukkan salinan sumber asli (terutamanya teks, peta dan gambar) di Wikipedia. Di sini, sumber asli merujuk kepada sebarang karya yang dihasilkan untuk tujuan yang lain daripada menjadi rencana ataupun entri dalam Wikipedia. Walaubagaimanapun, Wikisource/Wikisumber dilahirkan untuk ini. Selain itu, anda juga boleh letakkannya di Projek Gutenberg.Kemasukkan salinan sumber asli seperti karya sastera, teks berita, dokumen undang-undang, akan merosakkan sifat Wikipedia sebagai ensiklopedia. Ini adalah kerana salinan ini belum lagi disunting dan disesuaikan ke dalam format ensiklopedia. Daripada itu, Pengguna Wikipedia adalah ditegah daripada mengamalkan perbuatan "cut and paste" atau Wikipedia:Salin dan tampal (sila klik untuk maklumat lanjut) untuk mewujudkan rencana dalam Wikipedia, sama ada bahan yang disalin itu merupakan karya berhak cipta atau tidak.Sebaiknya, jika boleh letakkan sumber tersebut di Wikisource/Projek Gutenberg, dan kemudian ceritakannya di Wikipedia.

Berkaitan